29 November 2012

mula panas..hujung bahagia..

Sape je tak penah rasa cemburu..kan? aku pon..tapi aku rasa tahap cemburu aku ni da melampau lampau..aku pon tak taw pahal aku nak jeles jeles nih..cemburu tanda sayang? memang lah..tapi kalau da nak buat aku cemburu hari hari memang nak kena arh ! penat gila vavi kot ! bukan dia rasa, aku yang rasa ! yang dia boleh gelak2 ==' sumpah tak lawak ! aku da la tengah panas hati..dia boleh selamber je buat tak taw ! bahagia aku rasa masa tuh =='

Dia cakap, dia suka aku cemburu & gelabah.. err? gelabah? aku gelabah? bila masa weiii? argh ! 
lagi aku cemburu, lagi dia akan buat.. fine ! buat lah ! 

Tapi sebenarnya aku suka dia buat aku cemburu..pulak? haha ! 

Buat aku lagi SAYANG sebenarnya..

Dia main main..aku taw tu..

Setiap hari aku akan rasa cemburu..tak kesah la dengan cara apa pon..tak banyak pon mesti ada sikit..tengah panas hati tu penghujungnya mesti ada bahagia..dia memang suka bagi aku panas..pastu dia jugaklah yang akan sejukkan aku balik... :)

i love you :)

27 November 2012

Akhirnya, aku mampu buat keputusan ini..

Terkadang rasa nak pegi jauh jauh...jauh dari tempat aku duduk sekarang...jauh dari semua orang...tapi aku hanya mampu rasa..tak mampu nak tunaikan rasa tuh..aku masih perlukan orang orang kat sini..tapi aku mahu bersendiri..tapi aku nak lepaskan..tapi aku nak sorang sorang..susahnyaaaa..
kenapa jadi macam nih?serba serbi tak kena..
aku tak tahu macam mana nak betulkan balik keadaan..tiap kali aku cuba, mesti keadaan bertambah buruk..
aku salah cakap ke? apa yang aku cakap tu datang dari hati..
kau patot faham..
Mungkin dah tiba masanya untuk kita berjauhan sementara..walau hakikatnya kita memang jauh..cuma aku nak jauh tu semakin jauh..jauh beribu ribu batu..kali ni, biar aku pulak yang pergi jauh..dan aku sama sekali tak mengharap untuk kau kejar aku..kau tak perlu lakukan itu..makin kau hampiri, makin aku menjauhi..berat kaki aku untuk pergi jauh dari kau..bukan kerana terpaksa..dengan kerelaan hati sebenarnya..
Mulai hari ini, hari esok dan hari yang akan datang, kau takkan dapat merasa kehadiran aku lagi..maafkan aku..aku harus pergi..untuk mencari sesuatu yang hilang..aku sendiri tak pasti apa yang hilang..In Shaa Allah, akan aku temu dengan 'sesuatu' itu..
Aku harap kau faham..sepertimana aku faham kau..
keadaan kita semakin berbeza..pasti suatu hari nanti, keadaan akan menyebelahi kita semula..In Shaa Allah..

Aku akan kembali.. :')

25 November 2012

Hati

Bende kecik je pon, da nak ambek hati..nak trase lah..kadang kadang bnde 2 macam bergurau, da nak tacink ==' pastu bila orang tinggi suara ckit mula la terasa panas kt mata..bergenang dan terus mengalir dalam diam..senyap senyap je..itulah aku..haah, aku la..memang cepat dan mudah terasa hati..dulu masa form 4 & 5 lagi teruk, member tegur ckit je da tarik muka lapan belas ==' sampai member aku tuh menyampah kt aku, merajuk je keje..hahaha..tapi kira ok lah member aku tuh sedarkan aku balik & dia cuba slow talk ngan aku pasal perangai aku nih..Alhamdulillah, selepas itu, perangai kuat merajuk aku tuh dapat aku atasi ! haha ! thanks beb :) kiranya skang, aku da tak merajuk sgt lah, & skang da boleh terima teguran orang walaupon kadang kadang teguran tu amat menyakitkan hati.. ==' macam aku bgtaw tadi, aku memang cepat terasa..kalau dulu, memang aku tunjuk habes yang aku ni trase ! haha ! skang tak ! aku da boleh kawal perasaan aku..buat uat jelah happy..tapi dalam hati ! Allah je lah yang taw..

Sebenarnya, susah nak jaga hati ni..kalau kita sendiri masih tak boleh nak jaga hati kita, macam mana kita nak jaga hati orang lain? payah weh.. aku cukup jaga hati kawan kawan aku, sampai satu tahap aku dah tak boleh nak jaga dah..aku tak mampu..hati aku sampai tak terjaga, duk sebok jaga hati kawan kawan..nama pon kawan, bukan SAHABAT pon ! ha, ada beza antara KAWAN & SAHABAT..kan?
sekarang, aku dah malas nak jaga hati orang..lantak situ..eh, bukan nak balas dendam ke hape ke..tak pon..cuma aku rasa masing masing da besar panjang..kenalah matang kan..tak payah jadi budak kecik lagi kot..kita sekarang bukan kat zaman tu dah..

Sekarang, hati aku lebih tenang tanpa perlu menjaga hati orang lain...tak payah nak jaga sgt lah kan...cuma kalau dengan keluarga aku lebih berhati hati..takot kata kata aku mengguris hati mak ayah abang kakak aku plak...mintak dijauhkan..

Lidah kita sangat tajam sampai boleh melukan hati...

22 November 2012

malas !

minggu ni ntah kenapa rasa malas nak menjait..! siyes, baju banyak gila nak kena siapkan..semuanya baju orang..argh ! dem ! kalau da malas memang tak arh nak jait..kalau jait jugak dalam keadaan yang sangat malas, memang tak jadi baju ! kesian kat mak, aku tak sempat lagi nak jait blause mak..baju orang je aku jait dulu...aihh..sory mak..da siap semua baju makcik makcik tuh, aja buat baju mak plak keh :) promis !

Aku kena siapkan semua baju baju tuh sebelum bulan 12 ! mampukah? 6 helai ! memang lah sikit, nak buat tu yang susah...makcik tuh dah la nak jubah yg berfesyen2..macam artis ! argh ! takkan aku nak tolak, aku buat jelah, walaupon susah ! lgpon makcik tu cm percaya kt aku yg aku boleh buat..susah nak dapat kepercayaan orang dalam bab jait baju yg berfesyen nih ! sebab aku baru lagi..aku pon bukannya taw sangat..tapi aku cuba..Alhamdulillah. berjaya jugak aku hasilkan jubah berfesyen ala ala artis tuh ! haha ! api baru sehelai, ade lagi banyak ! ==' eksaited punya pasal sampai lupa nak tangkap gambar.. ==' nasib baik makcik tu tak komplen ape ape...kalau ade pon takpe, sekurang2nya aku taw kelemahan aku kat mane..

Tapi masalahnya skang MALAS ! argh ! tolong lah pegi jauh jauh !

20 November 2012

Kita kan sedare !

Tolonglah..berhentilah mengata pasal kami..kami tak penah pon nak sebok hal korang..pahal korang nak sebok sebok hal kami..kami bukan kat atas..kat bawah pon bukan..kami kat tengah tengah...ada masa susah ada masa senang..korang kenapa dengki sangat tengok kami senang? kenapa selalu nak tanya hal kami?ambek berat?tu da kira jaga tepi kain kami tu..korang takde kain eh nak jaga sendiri?kami tak perlukan orang lain untuk jaga kain kami..kami boleh jaga sama sama kain kami..! korang dah ada segala2nya..ape lagi yang korang nak?korang memang tak senang tengok kami senang..bila jumpa je ade je bnde yang korang nak sakitkan hati kami..kami diam..korang buat lagi.. ==' ntah sampai bila korang nak berperangai maccam nih..sedar lah..korang bukannya muda..

aku takde kuasa nak bersuara..dan sebenarnya, aku tak nak kecoh kecoh..aku tujukan ayat kat atas tu memang untuk si polan polan dan polan tersebut..aku masih mampu bertahan..tak teros cakap kat diorang..kat sini je aku luah..lantak lah kalau ada yang nak terasa..ada ke? ok, silakanlah terasa..nak heboh kan? pon silakan...kalau diorang buat lagi teruk pasni..siap arh !

harap diorang akan berubah !

19 November 2012

Muhammad Iman

Anak buah yang kedua, bertambah lagi ahli keluarga.. Alhamdulllah :)



Muhammad Iman bin Mohd Hadri..comel kan..anak abang aku yang ketiga..anak sulung..mase ni, iman baru sehari..putih kan..macam anak cina.. :) ikot ibu dia lah ni :p

* jangan kacau saya tido ! *

oH..comelnya..aku suka cubit pipi Iman..pastu kena marah ngan mak ==' err..pedulikan..aku geram weh..


mata aku mana? alahai, abaikan jelah..skang Iman dah sebulan lebih ! Iman berat gle..lenguh nak dukung...tapi best pelok.. :) 

*hye, kami sepupu*

skang, aku tak sabar nak tunggu Iman besar..boleh jalan, boleh cakap..yang paling tak sabar nak dengar Iman panggil aku Acu ! haha ! mak su sebenarnya.. dah Adam panggil aku acu..haihh..acu pon acu lah..

Aku harap lepas ni dapat baby girl pulak :) 
wahai abang2 ku, cepatlah.. nak anak buah pompuan nih ! plzzzzzz :)

13 November 2012

Hanya Untuk Aishah :)

Allah Selamatkan Kamu..Allah Selamatkan Kamu..Allah Selamatkan Aishah Izohan..Allah Selamatkan KamuUUuu...
Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi Aishah Izohan ! Selamat Hari Jadiiiii...
Happy Birthday To U..Happy Birthday To U..Happy Birthday To Aishah Izohan..Happy Birthday To UUuuuUuuuu..

ang mesty menantikan ucapan dari aku kan? huhu..
aku saje tak nak wish awal awal..sebab memang aku tak nak..  hehe :)



Semoga...
panjang umur..
murah rezeki..
sentiasa sihat..
dijauhkan dari segala bahaya..
berbahagia bersama keluarga, kawan kawan dan kekasih hati..
tiada lagi duka yang mendatang..
sentiasa tersenyum..
tercapai cita cita..
tabah dan kuat bila jatuh..
dikurniakan seseorang yang boleh membimbing ke jalan Allah..

dan, semoga mendapat kebahagian dan ketenangan di dunia dan di akhirat :) InsyaAllah :)


aku tak taw sejak bila kita rapat..masa aku mula mula masuk ikbn aku rasa macam ang sombong ! hehe.. pastu lama lama kawan ngan ang, Oooo macam ni ang rupanya..tak la sombong...huhu..cuma mungkin masa tu kita tak sekepala lagi kan...
aku sangat selesa kawan ngan ang..aku tak rasa macam perlu berpura pura ngan ang...dan ang adalah salah sorang sahabat aku yang paling rapat masa kita sama sama belajar..sampai skang kita masih berhubung kan..tak penah lupa.. 

dan aku nak ang taw, aku tak kan penah lupa tarikh istimewa ang.. :) cuma aku saja tak nak jadi orang yang pertama wish..dan bagi aku, tak kisah nak jadi orang yang ke brapa pon kan..janji ade ucapan, walaupon hanya sekadar HB je..dan walaupon aku takde hadiah nak bagi kt ang, yang ni jelah aku dapat buat untuk ang..ikhlas dari aku.. :')

aku sangat bertuah dan bersyukur sangat dapat sahabat macam ang :)

















banyak lagi gambar kita bersama :)
sebenarnya gambar kita bertiga lagi banyak :) taw kan sapa?
tapi ni untuk kita dua je :)
Rindu ang :')


Semoga persahabatan kita ni kekal sampai mati ! kalau aku ada wat salah kat ang, mintak maaf..dari hujung rambut sampai hujung kaki..macam hari raya pulak..haha..
dan aku harap kita dapat sambung belajar sama sama...wani dan eyka.. :)

aku nak ang taw, dan ang kena ingat benda ni sampai bila bila..aku sayang ang :')

Selamat Hari Jadi Sahabat :)
13 November 2012



12 November 2012

Faham

Kadang kadang aku sendiri tak faham apa yang aku nak..apa yang aku buat..apa yang aku fikir..kalau da aku pon tak faham, macam mane orang lain nak faham aku kan? orang lain pon susah aku nak faham..tak kira lah siapa..keluarga, kawan kawan, dan cinta hati ==' sebenarnya faham, cuma kadang kadang diorang yang buat aku tak faham..contohnya...eh, tak payah nak contoh sangat lah..aku sampai tak tau nak bagi contoh apa ==' dem ! teruk, memang teruk sangat dah penyakit aku nih ! dan aku rasa orang lain pon x boleh faham aku..mungkin ada..tapi aku tetap rasa takde orang yang faham aku, walaupon ada..aku tetap jugak kate takde..sebab..Allah je faham aku..Dia je tau apa aku rase..ape aku nak..sedih aku..gembira aku..Dia tahu semuanya..Dia je tempat aku mengadu segalanya..tapi aku macam tak penah dapat apa yang aku nak..mungkin Allah tak izinkan..
Berbalik pada faham tadi..bukan aku tak faham orang orang yang ada dekat aku nih, cuma mungkin aku salah faham..diorang cita lain, tapi aku faham lain...haa..takde connection kat situ,..so, sekarang aku tengah cuba nak faham dengan sebetul2nya ! sebab bila dah salah faham, nanti mulalah aku pikir lain..pikir baik takpe, ni negatif je lah..haha ! *otak kuning 
Hm, ok lah..nak cita pasal faham orang ke hape ke ni memang sampai bila bila pon takkan habes..dan aku sangat bersyukur masih ada orang yang faham aku walaupon aku harap orang lain yang faham aku..tapi takpe, sekurang2nya, Allah temukan aku dengan mereka yang sentiasa ada untuk aku..Alhamdulillah..

10 November 2012

Janji

Sape sape pon boleh ucapkan kata janji..tak kira sape..tapi tak semua janji tu ditepati..macam aku..aku pon pandai cakap janji..aku pon kadang kadang lupa aku ada janji ngan orang.. ==' terpakse orang tu ingatkan balik janji janji aku tu..maaf..tapi takde la sampai nak sembang kencang janji gila vavi kan..
Sekarang, aku takut nak janji ngan orang dah.. == takut tak tertunai, takut lupa.. 

Aku rasa macam kalau kita tak boleh tu tak payah la nak janji kan..aku hot gila kalau orang tu ajak aku kuar pastu last minit kensell ! aku dah siap pakai tudung nih ! tiba tiba tak jadi.. ! penat aku iron baju tudung bagai ==' pastu sembang kencang kata nak beli tu beli ni tapi ape pon xde..ahh..setan lah kau ! datang jumpa aku, nak sembang besar, tak payah ! kau janji memang pandai ! pastu terus lupa ! kebabian apakah kau nih ? sekali dua, aku boleh lagi..bila sekali dua tu dah bertambah ke ratusan janji, memang aku tak hingin nak dengar kau sembang dah..cakap la kau sorang sorang sane..bila kau datang, aku akan pastikan kau senyap ! dan aku berjaya melakukan itu ! yeayyy ! tahniah untuk aku dan padan muka untuk kau ! 

Memang entry nih untuk kau ! Sape? adalah !




08 November 2012

Mimpi

Semua penah mimpi..aku pon..kerap aku mimpi yang sama..tapi cerita yang berlainan..mimpi ular..kerap sangat aku mimpi macam nih..takut..sangat takut..macam macam mimpi aku dapat dengan ular nih..macam semalam, aku duduk dengan kawan kawan..ramai ramai..aku nampak ada ular warna kuning dekat hujung tempat kiteorang duduk..aku tengok, ade kawan aku sorang tuh selamber je pegang ular tu, macam takde pape..aku yang tengok ni da gelabah.. ==' tiba tiba ular tu datang ke arah aku dan cuba untuk patuk ! tapi aku sempat elak..ular tu patuk kat kawan sebelah aku ! pastu aku jerit..terkejut ! aku panggil cikgu cakap kawan kena patuk..keadaan jadi huru hara kejap..ular tu au tak nampak..mana pegi?aku pon tak taw..aku lari nak mintak bantuan orang..tiba tiba aku ada dalam rumah aku ! pelik..aku nampak mak baru habis solat..tengah bukak telekung..pastu aku tengok kat tingkap, kawan kawan aku tadi tu balik kat rumah aku..tengok diorang balik dalam keadaan ketawa macam takde apa yang jadi..padahal tadi kan macam kelam kan..aku bertambah pelik..pastu aku da tak taw pe jadi..mak gerak aku bangun..

Aku selalu mimpi yang pelik pelik..macam bila aku dah ada kat tempat tu, tiba tiba aku ada kt tempat lain plak, tapi masih dalam cerita yang sama..penah sekali aku mimpi ngeri.. ! mimpi ni memang buat aku takut sangat..sampai aku terjaga dalam keadaan berpeluh.. ! mimpi tu menghantui aku 2 3 hari jugak la..pastu dah takde pape..mimpi je kan..

Penah la aku rasa macam tak nak tidur ! takut mimpi yang macam tu lagi..tapi aku tidur jugak..ngantuk kot..takkan aku nak jaga je..tapi mimpi tu bukan hari hari..tapi kerap..

Aku suka mimpi yang bunga bunga..yang indah..bila bangun je mesti senyum..teringat kat mimpi tu..

Kalau benda tu nak jadi esok, malam ni mesti aku mimpi apa yang akan jadi esok ! boleh ke macam tu? boleh la kot..aku penah mimpi macam ni..contohnya macam hari ni aku ngan family nak pegi holiday..contoh la kan..semalam da masuk da dalam mimpi aku macam mane aku ngan family happy holiday..tapi bukan lah betul sangat mimpi aku..cuma aku cam dapat bayangan je..
selalu aku dapat mimpi macam ni bila aku rasa neves nak hadapi hari esok..macam exam ke ape ape je yang buat aku neves..

Ada jugak bila aku tidur tak mimpi langsung..mungkin ada..cuma bila aku bangun, aku tak ingat aku ada mimpi ke tak.. =='

Dan, aku harap aku tak mimpi ular lagi atau mimpi yang tidak menyenangkan hati aku..

Mimpi kan mainan tidur..jangan percaya sangat kan..

Selamat Malam bloges :)

06 November 2012

Bahagia dah kawan aku. Alhamdulillah ~

Ramai kawan kawan sebaya aku yang dah bahagia..maksud aku yang da kawen..best best..huhu..yang ramainya kawan perempuan la..lelaki? ada ke? huhu.. ada je.. tu pon sorang.. umur 22 da kawen.. laki tu.. ape salahnya, jodoh kan.. tak kesah semua tu..


kawan sekelas aku masa form 5..mirul..kau dulu yang kawen kan..huhu



rumah perempuan


rumah lelaki


kawan sekelas


:)


sambil menanti pengantin makan, sempat kami posing ==


aku dan kembar

Semoga kau terus berbahagia mirul :) sampai akhir nyawa. InsyaAllah.
*dah nak jadi ayah ! tahniah :)


3 november 2012..
tahniah mimi..pon kawan sekelas aku masa form 5..tapi sedih..tak dapat pegi..mimi sanding kat negeri 9..acanoo nak pegi == pape pon, tahniah !


cantiknyaaa


manis manis

semoga berbahagia bersama suami :)


Siapa lagi lepas ni..aku kah? oh tolong lah doakan..hehehe..memang bila tengok kawan kawan da kawen..aku pon macam teruja nak kawen..haha..nih nama dia gatal ! belum lagi untuk aku..siapalah bakal suami aku kan? hahaha ! mungkinkah 'dia'? hm.. Allah je yang tahu..

Untuk mirol & mimi.. 
Tahniah dan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.. :)
InsyaAllah :)

05 November 2012

Bertuah

Macam aku cakap sebelum ni..aku lebih selesa cerita masalah aku dekat kawan kawan..tengok jenis masalah jugak la kalau nak cerita dekat family..kan..dan aku tersangat bertuah sebab ada kawan yang sangat memahami..lg best kalau kawan aku tu same same membesar dengan aku, dari kecik sampai besar..baru lah macam bff kan..yeke? macam tak je..aku bukan takde kawan yang same same membesar nih, tapi tak sampai kemana..aku kesini, dia kesana..masing masing bawak diri..sekolah menengah pulak..ramai..sangat ramai..tak terkira..macam perangai jumpa..baik buruk nakal mengada ngada gedik gila suka gaduh kuat gelak..semua ada..aku tak ramai kawan lelaki..perempuan je yang ramai..bermula di IKBN baru aku tahu macam mana nak pilih kawan..maksud aku, pilih kawan mase aku susah mase aku senang..banyak kawan aku mase senang..memang senang sangat dapat kawan..peramah lah katakan..mase susah..yang ramai yang senang tu macam tak nampak batang hidung..aku pon sama je, akan sentiasa ada mase kawan kawan aku senang tengah happy gelak sana gelak sini..mase mereka susah aku ada ke? macam ni lah..kalau kita tengah ada masalah, kita mesty memerlukan seseorang untuk luahkan..maknanya orang tu kita dah percaya..kita tahu yang orang yang kita nak tu akan simpan rahsia kita..kan..mungkin kawan kawan aku tak perlukan aku mase diorang susah..mungkin diorang lebih percayakan orang lain dari aku..siapa tahu kan? aku tak paksa diorang untuk cerita apa masalah diorang..tapi seandainya diorang perlukan aku, aku akan jadi pendengar untuk diorang..setakat ni, ade la dua orang yang selalu kongsi masalah dengan aku..bersyukur sangat sebab aku ada ramaaaaiiii kawan..tak kesah la kawan masa susah ke masa senang ke..janji aku ada kawan..dan sampai hari ni..kawan kawan aku tak penah lupakan aku..aku yang kejam senyapkan diri ==' bukan aku lupa..cuma sekarang aku ingin bersendiri..tak nak sapa sapa pon kacau..sebab tu aku tukar nombor.. :') mak aku pon tak tahu aku tukar nombor..kejam gila kan? sementara sahaja !
tanpa kawan di sisi, tiada lah gelak tawa dari aku ~

bulan november ni nak buat entry pasal kawan je boleh?

02 November 2012

Kenapa?

sekurang2nya aku masih ada orang yang selalu kuatkan hati aku..ntah kenapa masalah 'itu' datang balik..kenapa ntah ada je tak kena..kenapa rasa kejap sangat je happy tu..? sekarang, aku tertanya2, kenapa ada orang yang suka sangat reka2 cerita yang tak betul?macam fitnah la..kenapa ya? ok, kenapa ada  manusia yang iri hati bila tengok orang lain bahagia? kenapa? kenapa? tak boleh langsung tengok orang senang..penat aku hadap orang orang yang macam ni..sampai bila ntah..kenapa pulak ada orang yang cuba buat sesuatu perkara tu nampak macam betul sgt? padehal, tak pon..kenapa?
Aku rasa macam tak payah kot nak ada perasaan cemburu tengok orang lain happy, bahagia..kan..tak payah kot..sebab Allah kan akan bagi jugak apa yang kita perlu dalam hidup..Allah tahu nak bagi camne kebahagiaan tu..so, macam, tak perlu lah nak kacau kebahagiaan orang lain kan..aku rasa makin kau kacau aku, makin kau kacau dia, makin kau kacau hubungan kami, kau tak kan dapat apa beb..kau akan dapat sakit hati lagi ada lah..weh, rilex je..Allah maha adil..Allah tahu semua yang kau buat..aku x nampak..Allah nampak apa segalanya..Allah tahu kebenarannya..Allah tahu semuanya..cuma mungkin Allah tak bagi aku tahu lagi tentang kau..takpe..
sekarang, aku serahkan segalanya pada Allah..aku takkan dapat apa yang aku nak..tapi Allah tahu apa yang aku perlukan..kan..dan aku harap takkan jadi lagi benda benda macam nih lagi..

:')

01 November 2012

Oh November #sahabat



Ya Allah, lindungilah sahabatku walau dimana saja mereka berada..
panjangkan lah umur mereka..
berilah mereka kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat..
Amin ~
Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke