16 October 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.

Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :

 syarat-syarat wajib : 
  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini




11 October 2013

Kekuatan yang dah terkumpul..

Assalamualaikum..
Bismillah..

Masing-masing dari tempat lain..
Masing-masing tak kenal..
Masing-masing ada cerita..
Masing-masing ada masalah..
Masing-masing tahu apa yang terbaik
orang sekeliling tak tahu apa yang terjadi. Orang sekeliling boleh cakap itu ini tanpa selidik perkara yang sebetulnya. Orang sekeliling takkan faham dan tak tahu pon apa yang dah jadi pada kami ! MUNGKIN dah tertulis. Kami redho. Yang penting kami tahu dan takkan ulang kembali kesilapan yang dulu. Jadi ! tolong jangan kata apa-apa ! tolong jangan bukak mulut ! kami sendiri tak pernah aibkan orang sekeliling macam mana orang sekeliling aibkan kami ! patotkah??! tolong jangan ganggu kami ! biar kami dengan cara kami !

Sesiapa saja boleh berubah..orang sekeliling tak tahu sebab apa perubahan itu terjadi. Mungkin punca orang sekeliling itu sama. Mungkin kami pon tak faham. Orang sekeliling pon tak faham. Masing-masing tiada kesefaham SEBAB dah jadinya perkara dan PERISTIWA yang TIDAK diingini ! inilah jadinya !

Tiada siapa boleh baikkan kita melainkan kita sendiri. Tapi kita kita itu takkan berjaya kalau ada yang MEMUNGKIRI ! sekarang buatlah hal sendiri. Jangan kacau kami ! kenangan yang pernah tercipta dah mati terkubur ! kami takkan ingat lagi ! betapa hebatnya permainan ini !

Sekian !


12 September 2013

SEPTEMBER !

Assalamualaikum :)
Bismillah...

Bukan mudah untuk aku lepaskan..bukan mudah untuk aku lupakan..setiap apa yang terjadi pada aku beberapa bulan yang lalu masih aku ingati..masih segar dalam ingatan..september datang lagi..tiada kaitan antara aku dengan september..aku cuma berharap..bulan september ini akan lebih menceriakan hari hari aku disana..tempat belajar..malah, bulan yang berikutnya --' mengeluh kan..aku dah penat nak sedih dengan masalah yang sama..cukuplah..berilah cahaya mentari untuk aku menyinar disana..tiada lagi kegelapan..walau hakikatnya, tiada lagi KAMI..aku punya lagi yang terbaik..yang selalu menemani aku..mendengar rintihan hati aku..membuat aku ketawa..membuat aku terharu dengan kejutan itu ini..membuat aku lebih selesa untuk berkawan..tiada perasaan TERASA lagi...maaf jika ada sesiapa yang terasa..mungkin saat ini aku sangat mementingkan diri aku sendiri...aku sangat ego..kerana..hanya Allah je yang tahu betapa kecewanya hati aku..Allah je yang tahu..dugaan je semua ni..sabar ye :)

sekadar luahan yang takkan pernah terungkap hingga ke akhir garisan :')

31 August 2013

Sabar :)

Assalamualaikum..
Bismillah..

Allah da tentukan segalanya untuk kita..semuanya yang terbaik dari Dia..mungkin hati sudah tak sabar..mungkin hati meronta ronta inginkan sesuatu itu terjadi dengan cepat..kalau Allah tak izinkan, tak jadi jugak apa yang diinginkan..jadi, kena sabar lah..kan..doa + usaha..In Shaa Allah termakbul apa yang dihajati..cepat atau lambat..itu semua rezeki..tak perlu lagi merungut melihat apa yang terjadi di sekeliling.. :) sabar ye :) orang yang sabar itu adalah orang yang sangat sweet :)

Selamat Malam :)

30 August 2013

Andai Hatiku Bersuara

Oh Tuhan, berikanlah aku
kekuatan menempuhi dugaanmu
aku percaya ada hikmahnya
di setiap dugaan yang kuterima..

Andainya hatiku bersuara
pastinya ia akan berkata
cukuplah sayang aku tidak berdaya
mengharungi segala sengsara

Berapa kali aku harus terluka
barulah kan ku sedar
cintaku tidak layak untuk dirinya
mengapa masih aku setia di sisinya
tidak ku mengerti
tidak ku fahami..

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
menyintai dan dicintai tiada duanya
andai terlampau permintaanku ini
maafkanlah kasih..

Andai Hatiku Bersuara
by Chomel

27 August 2013

Aku BEBAS !

Assalamualaikum ~
Bismillah...

Berat rasa hati nak buat keputusan..tapi aku tak mampu dah nak lalui semua ni..nak kata aku pengecut? penakut? katalah apa saja..aku yang rasa..aku yang lalui..aku yang hadap..aku saja yang tahu..kali ni, biarlah aku sendiri yang buat semua ni..bukan orang lain..aku yang pilih...aku pilih untuk memenuhi permintaan diri sendiri !! baru sekarang aku penuhi !

Sekarang..aku dah lepaskan semuanya..sikit pon tak tinggal..patah balik? tak mungkin..

Kini, aku bebas ! yeay !

Takkan ada lagi cerita sedih aku ! In Shaa Allah :)

Sekian, Terima Kasih !

06 July 2013

Cinta

Assalamualaikum..
Bismillah..

Kehidupan di dunia penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan..aku tak terlepas dari menerimanya..sekali lagi aku kena hadap masalah yang sama..berulang kali..tak habis lagi masalah 'itu' timbul pula masalah 'ini'..apakah?

Berulang kali terjadi..membuatkan perkara ni dah biasa..jadi lah macam mana pon..tetap biasa bagi aku..jadi aku rasa dah takde masalah dah kat situ..pesan 'si dia' kalau jodoh tak kemana..ye, aku percaya..jodoh itu rahsia Allah..aku dan 'si dia' mampu berusaha..

Dugaan bercinta :) membuatkan kasih sayang aku dan 'si dia' bertambah manis :) semoga kami terus kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang :) saat ini..aku masih lagi merahsiakan 'si dia' yang berjaya mencuri hati aku :) belum tiba masanya..mungkin suatu hari nanti.. In Shaa Allah..

Semakin kita sayang dekat seseorang itu, Allah akan menguji kita dengan pelbagai lagi dugaan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran kita..

Jadi, banyakkan bersabar..kerana, sabar itu buah yang manis :) sabar itu separuh daipada iman..

Doa adalah senjata yang sangat hebat ! tiada tandingan :) berdoalah pada Nya..Dia mendegar setiap rintihan dan setiap tangisan hambaNya..berdoalah dengan seikhlas hati :) minta lah apa yang dihajati..bila bila masa saja..

Di saat kita bersendirian..di saat tiada lagi sesiapa di sekeliling kita..di saat kita jatuh..di saat kita susah..di saat kita memerlukan..percayalah ! DIA sentiasa ada, sentiasa menemani, sentiasa memahami setiap apa yang kita rasa..setiap apa yang kita lalui..Dia maha mengetahui segalanya..

Usaha adalah kerja kita..berserah pada Dia..In Shaa Allah, jika diizinkan..semuanya akan berjalan dengan lancar..

Terima Kasih Allah :)

21 June 2013

Assalamualaikum..
Bismillah..

Alhamdulillah..cuti sem dah bermula..walaupun hanya untuk 2 minggu..tak cukup untuk ubat luka di hati..mungkin hati aku akan terus disakiti..oleh sesiapa saje..aku juga akan terus menyakiti..untuk kepuasan dan kepentingan aku sendiri..aku jahat sekarang..lebih dasyat ! argh ! pedulikan ! tak siapa yang tahu apa yang aku rasa melainkan Dia..tak siapa yang tahu betapa pedihnya hati ini..Dia saja yang tahu..aku tahu, aku ambil jalan yang salah untuk mendamaikan hati aku..aku pentingkan diri sendiri..aku banyak melukakan, menyakiti orang..aku abaikan..aku lupakan..jauh di sudut hati aku masih lagi simpan perasaan yang indah itu..sehinggakan aku terlalu ingin kembali ke masa itu..tapi tak mungkin akan terjadi..aku takut pisang berbuah dua kali..walau hakikatnya pisang itu sudah berkali kali berbuah..aku tak tahu nak ubah balik keadaan sekarang..aku ke yang kena usaha?selama ni aku jugak..kali ni aku lagi ke?aku ! aku ! aku ! muka aku lagi ! kadang kadang aku terfikir, bila semua ni akan berakhir?

Sebenarnya, aku tak kuat :'(


15 June 2013

5 hari macam 5 tahun !

Assalamualaikum..
Bismillah..

Seminggu lebih dah aku cuti..ingat aku pegi suka ria ke hape ! choiii ! err --' tetibe ~

  Dah tiba masanya untuk aku kembali ke sana..kemana?mana mana jelah..nak bgtaw pon dah rasa kemalasan dalam diri..hari ni memang lambat sangat perjalanan aku..bangun lambat..mandi lambat..jalan lambat..kemas barang lambat..pahal ntah..

   5 hari je lagi...pastu cuti sem ! yeay ! tak sabar nak cuti lagi ! horey ! 5 hari? lamenye ! sehari pon aku da terasa lama..nak tunggu 5 hari? macam macam boleh jadi dalam masa 5 hari..alah 1 hari pon akan jadi lebih dari macam macam tuh ! aku tak nak ! nak tak nak aku kena hadap jugak ! --'

Sabarlah duhai hati ~


13 June 2013

TAK PUAS HATI !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...
Bismillah..

Entry aku sekarang sangat membosankan..tajuk yang sama..jalan cerita berbeza..sekarang, cerita yang sama lagi...eh..tak nak lah..

Tajuk 1 : Bersyukur dengan apa yang ada

  Kadang kadang aku tak puas dengan apa yang aku ada..kadang kadang aku terfikir dan tertanya, kenapa dia ada aku takda? kenapa dia dapat lebih aku dapat kurang? macam macam persoalan yang bermain dalam otak aku ! sampai satu tahap soalan aku tu dah melampau, tak masuk akal ! fuhh ! manusia memang tak penah puas ! aku lah tu !

  Sebenarnya, Allah dah bagi apa yang aku perlu..dah lebih pada cukup dah..bukan aku tak bersyukur..aku sangat bersyukur..mungkin aku ada sifat 'merungut' kot --' err ! mmg ada pon ! persoalan2 tu takkan wujud kalau aku tak merungut ! kan?

  Aku nak semua benda yang ada kat aku  PERFECT ! gila ! mana nak dapat !

Tajuk 2 : Perasaan

 Dua perkara yang aku tak suka ada dalam diri aku.. DENDAM dan BENCI ! aku tak suka nak rasa perasaan macam nih ! apa yang aku dendamkan? apa yang aku bencikan? argh ! perkara yang sama je pon ! berulang kali ! aku bukan lah seorang yang pendendam..apatah lagi benci ! bukan aku ni kalau ada dua nih ! tapi...kadang kadang aku terpaksa jadi seorang yang pendendam..untuk kepentingan aku sendiri ! aku buat untuk aku ! bukan aku buat untuk orang lain ! kita kena pentingkan diri sendiri kalau keadaan memaksa kita buat macam tuh ! so, memang aku buatlah..!

  Tapi tak lama..perasaan jahat tuh muncul kejap je..aku akan lepaskan bila keadaan mula kembali cerah dan tenang macam air laut kat Pantai Murni ! aku suka pegi pantai..sayu hati aku seolah olah dapat didengar oleh sang pantai :')

Tajuk 3 : Keputusan

  Aku tak suka buat keputusan ! dalam erti kata lain, aku susah nak buat pilihan ! bila aku dah buat pilihan maknanya tulah keputusan akhir aku ! sO, pilihan itu sangat menyakitkan buat aku ! antara dua, A dan B..dua dua baik babgi aku..takda yang terbaik pon..baik je..tapi aku kena jugak pilih antara dua yang baik tu yang paling terbaik ! walawehh ! susahnya ! kalau pilih A yang B tu acane? kalau pilih B yang A tu mesty aku nak jugak ! hmm..

  Manusia ni kadang kadang tamak kan..macam aku..boleh tak nak pilih A dan B?

Tajuk 4 : err..xde ! :)

Kesimpulan : Think positive and smile always :) peace !

25 May 2013

Pulang ke sangkar =='

Pahal aku rasa kejap sangat cuti nih...cepat cepat ! tarak masa nak update nih ! huh ! malas gile vavi nak balik ! arghh ! nanak balikkk ! aku nak kat sini..tak nak kat sane ! tolonglah faham ! sape yang nak faham aku nih !? hmm..hanya orang tertentu je yang faham aku...! well, tak payah la nak mention nama !

Aku masih boleh bertahan..untuk teruskan apa yang dihajati :) In Shaa Allah :) semua ketentuan dari Dia ada hikmahnya..jangan disesali apa yang terjadi..kelak merana diri..aku sedang merangkak ketika ini..dan ingin sekali berdiri teguh..berjalan adalah langkah seterusnya...kekuatan dan semangat akan aku bawa bersama, untuk berlari tanpa menoleh ke belakang..

Kalau dulu, aku mengharapkan mereka untuk pimpin tangan aku...sekarang aku merasakan semua itu tak perlu lagi buat aku...aku boleh lakukan sendirian..walau berat aku pikul..aku gagahkan jugak..aku buat mungkin sebab terpaksa atau mungkin untuk mengelakkan diri atau menyelamatkan diri sendiri !

Takpelah..aku je yang tahu..tak perlulah orang lain tahu sama..aku sudah cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang.. In Shaa Allah..

Sekarang aku kuat..tapi belum lagi kuat sepenuhnya..masih lagi punya rasa di hati..aku takut kelak rasa yang aku pupuk selama bertahun akan lenyap..sekarang hanya samar samar..rasa di hati aku kabur.. :( perasaan apakah ini?

Satu hari nanti aku akan lepaskan semuanya...aku mahu bebas...aku tak nak jadi macam burung dalam sangkar..terikat ! sekarang aku diikat kuat..hanya menunggu masa untuk membuka, terbuka atau dibuka !

Aku adalah aku !

21 May 2013

Aku penat !

Aku masih belum bersedia untuk mengubah kesilapan itu....luka dalam hati masih terasa..sehinggakan aku sudah tidak pedulikan lagi..aku kejam..ya ! aku kejam kerana suasana..bukan aku nak salahkan takdir...siapalah aku...tapi aku TAK SEDIA lagi ! tolonglah faham ! aku sorang sorang ! kenapa masih tak faham lagi?!!

Aku penat !

05 May 2013

5 MEI 2013

Assalamualaikum ~

Semangat bangun pagi..lepas makan pagi terus pegi sekolah..aku dan keluarga antara yang terawal sampai..nak elakkan beratur panjang kata ayah dan kakak..



aku menanti dengan penuh debaran..neves giler..aku orang yang kelima masuk dalam bilik 2..huhu..semangat..cuak..semua ada..


Alhamdulillah..aku berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi..

Aku rasa mereka yang layak mengundi tapi tak daftar sebagai pengundi, dan mereka yang dah daftar tapi tak pegi mengundi, mereka adalah orang yang sangat RUGI ! OpssS ! ada yang terasa? masing masing dah besar, boleh fikir dengan bijak, dengan matang..tak perlu ada perasaan terasa ! memang hak masing masing..ok..masih tidak sedar..kenapa aku cakap camtu? sebab aku dah sedar ! betapa pentingnya satu undian tu..ramai je rakyat Malaysia tak mengundi apatah lagi tak daftar..
Hope..PRU yang akan datang jumlah pengundi akan bertambah !

KEPUTUSAN PRU13 !
majoriti sudah memilih..rakyat yang pilih..sudah tertulis..harapan, semoga kejadian lama tidak berulang..


Renungan sejenak
MATI SENTIASA MENGEJAR KITA..akhirat semakin menghampiri !

04 May 2013

Politik

Assalamualaikum ~ Bismillah ~

Aku rasa dengan usia aku sekarang aku patut dan perlu ambil tahu perihal politik..apa yang aku taw pasal politik?seriously, ZERO ! xtaw mende pon..kalau dulu aku rasa bosan gila bila orang cakap pasal politik nih..bagi aku politik2 ni xde maknenya, buang masa aku je...bila usia semakin bertambah, pemikiran pon akan berubah..sekarang baru aku ada rasa minat untuk taw pasal politik..sejak kes lahad datu 2 lah yang menarik perhatian aku..

Aku google..cari jelah pape yang berkaitan..senior aku pon ada jugak cerita..ada lah jugak ilmu yang aku dapat..walau sedikit..
yang terbaru kes Saiful Bukhari sumpah laknat depan Kaabah.. benar atau palsu? aku pon xtaw..ramai yang cakap video 2 edit je..hmm..

Aku mula rasa selesa dalam dunia politik ni..dan aku x rasa pon masa aku terbuang..

Untuk pertama kalinya, aku akan mengundi esok ! neves !

K bai !


30 April 2013

menghantui

Assalamualaikum..lama aku menyepi..ada sesiapa yang cari aku ke?ok..takde.. ==' huh ! aku pergi mencari ilmu..kalau online pon tak sempat nak update..sekarang aku lebih banyak update kat twitter saje..cepat dan mudah bagi aku..facebook?kadang kadang..

4 bulan sudah aku di Sri Iskandar..8 bulan lagi..hari hari aku lalui hidup di sana dengan penuh debaran..cabaran di sana sangat hebat..tak terduga..tak sangka..macam macam perasaan..susah nak gambarkan..gembira?hanya untuk menenangkan hati aku..sedih?hari hari..sehinggakan aku sendiri tak pasti aku sedih untuk apa..gila kan..semangat yang hilang, terpaksa aku cari semula ==' kini, aku masih mencari..aku mengharapkan keadaan akan berubah semula..seperti yang aku inginkan..InshaAllah..

Kenangan 'itu' bukan mudah untuk aku lupa..akan aku lupakan bila sudah tiba masanya..

Kini, aku terjaga dari tidur lena yang panjang..bila aku buka mata..semuanya pudar..kabur..kelabu..baru aku sedar..baru aku faham..ini lah hakikat yang aku harus terima..bukan mudah untuk membina..semakin aku bina, semakin ada retak..aku cuba tutupkan keretakan itu, luaran aku kuat..dalaman Allah je yang tahu..aku belajar untuk bangun bila jatuh..aku jatuh, aku sakit..nak bangun pon sakit..semua sakit.. ohh :'(

Aku masih punya rasa kasih
Aku masih punya rasa sayang
Aku masih punya rasa rindu

Kasih, Sayang dan Rindu itu InshaAllah tidak akan hilang selagi masih ada kekuatan ~

11 February 2013

Sekadar luahan ~

aku baru je mula blaja..sebulan dah..ade lg 11 bulan..lame lagi nak habes..blaja tempat baru tak sama dengan blaja tempat lama..baru lagi, belum serasi dengan jiwa aku..nasib ada kawan kawan..kalau tak dah lama aku blah..fuhhh..tekanan kejap..esok dah nak balik sana...weh, kejapnya...duk sana rasa lama gila..jam tu lambat je nak bergerak..hmmm..Untuk mendapatkan keserasian antara aku dengan tempat blaja tu mungkin mengambil masa yang lama..susah nak bagitaw keadaan kat sana macam mana..

Tak baik mengeluh kan..terima seadanya..kalau dah macam tu keadaan kat sana,terimalah..abaikan mereka yang tak puas hati..pegi sana bukan nak bercuti..nak dapat ilmu kan..sO, teruskan..kuatkan hati, kuatkan semangat..ingat impian..setahun je..

Aku harap aku boleh..aku pon bukannya kuat sangat..kadang kadang mengalir jugak air mata..bertuah aku dikelilingi orang orang yang slalu bagi semangat..terima kasih daun keladi..


09 February 2013

Tiada ku duga

Tak sabar dah nak pegi tempat tu..nak tido malam pon tak lena..duk pikir apa yang nak jadi esoknya..neves gila bila dah sampai tempat tu..rasa memang tak nak balik umah dah..nak duk sana teros..sampai macam tu aku rasa..

Tapi sayang..luaran je nampak hebat..bila dah taw je bahagian dalaman dia cmne, teros aku rasa macam nak lari sekuat hati, tinggalkan tempat tu..! perasaan apakah? baru je tadi rasa happy..tup tup..haihh ! baru hari pertama..dah rasa macam nih..

Hari kedua dan seterusnya.............
perasaan yang tak diduga ni masih sama..masih ingin terus melangkah keluar..tapi kaki terasa berat..takde sapa dah boleh tolong tarik keluar..
argh ! aku benci terus di sini ! 
sebelah hati kata tidak, sebelah hati kata ya..mana satu?

Tempat tu...
semuanya dusta..dusta belaka..
hanya penduduk dalam tu saja yang tahu, yang rasa, yang alami dan yang lain lain..

Sekian ~

12 January 2013

Aku pergi ~

Title macam sedih..aku nak pegi belajar..bukan pegi mana pon..huhu..sekarang aku neves..macam macam rasa tengah rasa nih..exited + takot + suka + sedih..eh, macam macam lah...semua rasa aku rasa nih..rasa tak nak pegi pon ade nih..hahaha..tempat baru..kita mana taw lagi macam mana keadaannya kan..mesti ada perasaan cuak..perasaan ingin tahu..sesuai ke tak tempat tu dengan kita..persekitaran dia macam mana?penduduk di sana bagaimana pula?sebenarnya jangan banyak tanya sangat..pegi dulu, rasa dulu, baru taw macam mana..haihh..tu lah aku, aku kalau boleh nak semua tempat perfect ! 100 % sempurna..tapi tak semestinya kan..mula mula je rasa lain..dah lama nanti mesti semuanya ok..tak payah risau sangat..kat sana bukan sorang sorang..ramai kawan..

jarang dah nak update blog pasnih..konfem bz je manjang..

kalau ade sesape yang folow tuh, nanti aku folow balik okeh..huhuhu...macam ade orang nk folow je..eh, adela, mesty ade punye..wkwkwkwkwkw...

aku harap aku boleh lalui setiap apa yang berlaku di sana..

wish me luck :)

Institut Latihan Kemas Sri Iskandar, Perak ~
Januari-desember 2013

10 January 2013

2 malam lagi

ceritanya macam nih..masa aku belajar dulu, aku menangis..sebab aku tak nak belajar kat situ..tapi kerana ayah, aku pegi jugak..aku menangis lagi, sebab semua benda kena buat sendiri..sakit sendiri..naik jatuh sendiri..semua sendiri..aku menangis sebab mak menangis masa nak hantar aku..sedih..tak penah berpisah..kali pertama..aku menangis sebab hari hari orang lain yang masakkan untuk aku..aku nak mak masak..aku menangis banyak sebab..masa tu, aku memang sangat manja..sampai bila aku dah sedar, aku rasa malu dengan kemanjaan aku selama ni yang terlampau..bila dah mula kenal erti berdikari baru aku bangun..bukak mata luas luas..oh..macam ni kehidupan..mencabar..
kemanjaan aku yang terlampau tuh mula lenyap sikit demi sikit..tapi masih ada sifat itu..perempuan kan..tapi kena pada tempat lah...

kini, aku belajar lagi..dua malam lagi..menangis lagi..mungkin..mestilah sedih..berpisah dari keluarga sementara..tak jauh..masih dalam Perak..aku tak nak pegi jauh..nanti mak ayah susah nak datang lawat aku.. : P

dua malam lagi di rumah..kemudian, malam malam aku hanya untuk Sri Iskandar, Perak ~

09 January 2013

macam macam

sebenarnya aku tak taw nak letak title ape untuk entry nih..so, aku letak je 'macam macam'..sebab sekarang aku tak taw la, macam macam perasaan aku tengah rasa nih..baru baru nih, aku dapat tawaran sambung belajar di ILK (Institut Latihan Kemas)..Alhamdulillah..walaupon pada awalnya, nama aku tak tersenarai..akhirnya, aku diterima juga..terima kasih pada yang membantu..bila dapat taw yang aku tak dapat, aku terus nangis..betapa kecewanya hati aku masa tuh..hampir hampir putus asa..mulalah pikir masa depan aku nanti punah, hancur...macam macam lah..punya la kecewa sampai pikir negatif..pastu aku tak puas hati, aku call pihak ILK tanya kenapa aku tak dapat..sebenarnya, aku dah taw jawapan diorang, sebab ayah yang call dulu tanya..tapi apa salahnya aku cuba lagi, mungkin ada kesilapan kat sana..tapi jawapan tetap sama..anda tiada dalam senarai.. :( hampa aku..aku merayu..aku nak jugak belajar kat sana..tu lah, jangan mengharap sangat, bila tak dapat hati yang sakit..aku mengadu kat kawan kawan aku yang sama apply..diorang suma dapat..aku je tak..macam tak adil..hantar resume sama sama..tapi..ahh..kecewa gila..kawan aku Aishah, aku tak taw dia cakap macam mana kat diorang sampai diorang call aku balik bgtaw yang aku DITERIMA ! Ya Allah ! GEMBIRA SANGAT ! baru aku taw erti tangisan gembira.. :') masa diorang call bgtaw aku diterima, tak taw nak kata apa, aku terdiam, kelu lidah..syukur sangat..aku mula bersemangat..rasa macam kejayaan makin hampir dengan aku..In Shaa Allah aku berusaha sebaiknya di sana nanti..Terima Kasih Allah :)

*macam macam tak rasa? kihkih*

05 January 2013

AZAM apa pulak TAHUN 2013 NIH !

DARI DULU SAMPAI SEKARANG AKU TAKDE AZAM ! SEBAB MACAM TAK PAHAM LAGI MAKSUD AZAM TU APA ! ARGH ! BUAT BUAT TAK PAHAM JE NIH ! SAPA YANG TAK NAK KEHIDUPAN YANG BAIK SETIAP TAHUN, SETIAP HARI, SETIAP JAM,  SETIAP MINIT, SETIAP SAAT..SETIAP KALI BERNAFAS ! KAN..DAH NAMA PON KEHIDUPAN..MESTI ADA DUGAAN, HALANGAN..MACAM MACAM LAH !

MEREPEK DAH AKU.. >.<

BERBALIK KEPADA AZAM TADI..BUKANNYA AKU TAKDE AZAM..ADA..ADA..ADA...CUMA AKU TAK NAK BERJANJI PADA DIRI AKU SENDIRI..BILA DAH JANJI KENA TUNAIKAN KAN..AKU TAKUT NAK BERJANJI..TAKUT JANJI TU MUSNAH HANCUR LEBUR BERKECAI !!!! AKU JUGAK YANG KECEWA..

APA YANG AKU BOLEH KATAKAN KAT SINI, AZAM AKU UNTUK TAHUN NI tiada ! MEMANG TAKDE ! SEBAB AKU HANYA ADA IMPIAN ! azam dengan impian tu lain kan >.<
IMPIAN AKU BANYAK..TAPI AKU BUKAN BERANGAN.. *kadang kadang la
DAN AKU HARAP SALAH SATU IMPIAN AKU AKAN TERCAPAI DALAM TAHUN NIH..KALAU TAKDE REZEKI..TAHUN DEPAN..DEPAN DEPAN DAN DEPAN LAGI...SEKARANG, AKU HANYA PERLU BERUSAHA UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN AKU TUH ! *walawehhh !

DAN SEKARANG AKU TAK FAHAM KENAPA ENTRY AKU KALI NI HAMPIR 99% HURUF BESAR ???? AZAMKAH ????

02 January 2013

kisah yang sangat panjang..

Keadan sekarang semakin baik..tak lah teruk macam dulu..setiap hari ada perubahan..Alhamdulillah..tapi masih ada yang datang mengganggu..hm..aku tak faham..apa hebatnya 'dia' sampai ade yang datang bagi amaran kat aku..aku hampir mengalah, bodohnya aku mase tu ! percaya dengan kata kata dusta ! kata kata yang tidak masuk akal ! kata kata yang penuh kepalsuan ! 'dia' menyedarkan aku, aku tahu perkara sebenar, tapi ntah kenapa aku keliru..mungkin tak yakin..Sekarang, kami terus pertahankan..biarlah siapa pon yang halang..hati kami masih sama..bersatu..Syukur, 'dia' masih bersama aku..Aku rasa lebih tenang..pedulikan si penghalang..! Si penghalang itu takkan pernah berjaya ! punya hati hitam macam mana nak berjaya? kan ! Alhamdulillah, aku dapat jugak lalui dugaan ini.. nampak tak berat..tapi aku yang pikul..aku saja yang tahu..lepas ni In Shaa Allah, setiap dugaan yang Allah beri, akan aku hadapi dengan tenang..Sebenarnya, aku kena banyak sabar.. Sabar Sabar dan Sabar..mohon pada Allah, baca Al-Quran, berzikir, boleh buat hati aku tenang..sedikit sebanyak boleh lupa masalah aku..

Sebenarnya, aku tak rasa ada masalah pon..cuma kadang kadang aku terlampau ikotkan kata hati..curiga..ragu ragu..argh ! pokoknya semua yang negatif lah ! ok, aku suka pikir yang bukan bukan ! mengaku ! bila aku jadi macam nih, 'dia' selalu nasihat aku..bagi keyakinan..kata kata semangat..kadang kadang sampai kena marah..aku suka kena marah..aku dapat rasa 'dia' sayang aku tiap kali dia marah.. :) bahagia je rasa kena marah.. :)

'dia' belum memiliki aku sepenuhnya, aku pon belum memiliki 'dia' sepenuhnya..kami jauh..jarang nak dekat..lagi lah besar dugaannya kan..sebab tu lah muncul ragu ragu..curiga..tipulah kalau kate takde rase camni, msety ade punye..tak banyak pon mesty ade sikit...argh ! bila da jauh cam ni kena hadap lah segala risiko..kan..kejujuran kesetiaan dan kepercayaan tu sangat penting..kena jaga elok elok..
Alhamdulillah, kami mampu..

Aku tak harap apa apa dari 'dia'..takut harapan tu hilang..kalau jodoh tak kemana..

29/12/2012..
janji kami tidak akan bercerita lagi tentang perkara yang sama..akhirnya, masalah yang merunsingkan kami sudah jumpa jalan penyelesaian..syukurlah..lepas ni, tiada lagi tangisan duka dari aku..In Shaa Allah..tapi aku taw, masalah yang sama akan berulang..biarlah..tak nak dan takkan fikir lagi..manusia, kadang kadang sanggup buat apa saja untuk dapatkan sesuatu..tanpa berfikir..berjayakah?


2012, hanya tinggal kenangan..sebanyak mana manis kehidupan, pasti terselit kepahitan..semoga yang pahit, akan terus lenyap..yang manis akan terus diingati dan harum mekar di lubuk hati..

TAHUN BARU, DEBARAN BARU..
semoga apa yang berlaku di tahun lalu, akan lebih mematangkan aku..
semoga rasa kasih dan sayang antara aku dan si dia akan terus mewangi..
In Shaa Allah..

Sekian ~

Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke