25 May 2013

Pulang ke sangkar =='

Pahal aku rasa kejap sangat cuti nih...cepat cepat ! tarak masa nak update nih ! huh ! malas gile vavi nak balik ! arghh ! nanak balikkk ! aku nak kat sini..tak nak kat sane ! tolonglah faham ! sape yang nak faham aku nih !? hmm..hanya orang tertentu je yang faham aku...! well, tak payah la nak mention nama !

Aku masih boleh bertahan..untuk teruskan apa yang dihajati :) In Shaa Allah :) semua ketentuan dari Dia ada hikmahnya..jangan disesali apa yang terjadi..kelak merana diri..aku sedang merangkak ketika ini..dan ingin sekali berdiri teguh..berjalan adalah langkah seterusnya...kekuatan dan semangat akan aku bawa bersama, untuk berlari tanpa menoleh ke belakang..

Kalau dulu, aku mengharapkan mereka untuk pimpin tangan aku...sekarang aku merasakan semua itu tak perlu lagi buat aku...aku boleh lakukan sendirian..walau berat aku pikul..aku gagahkan jugak..aku buat mungkin sebab terpaksa atau mungkin untuk mengelakkan diri atau menyelamatkan diri sendiri !

Takpelah..aku je yang tahu..tak perlulah orang lain tahu sama..aku sudah cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang.. In Shaa Allah..

Sekarang aku kuat..tapi belum lagi kuat sepenuhnya..masih lagi punya rasa di hati..aku takut kelak rasa yang aku pupuk selama bertahun akan lenyap..sekarang hanya samar samar..rasa di hati aku kabur.. :( perasaan apakah ini?

Satu hari nanti aku akan lepaskan semuanya...aku mahu bebas...aku tak nak jadi macam burung dalam sangkar..terikat ! sekarang aku diikat kuat..hanya menunggu masa untuk membuka, terbuka atau dibuka !

Aku adalah aku !

21 May 2013

Aku penat !

Aku masih belum bersedia untuk mengubah kesilapan itu....luka dalam hati masih terasa..sehinggakan aku sudah tidak pedulikan lagi..aku kejam..ya ! aku kejam kerana suasana..bukan aku nak salahkan takdir...siapalah aku...tapi aku TAK SEDIA lagi ! tolonglah faham ! aku sorang sorang ! kenapa masih tak faham lagi?!!

Aku penat !

05 May 2013

5 MEI 2013

Assalamualaikum ~

Semangat bangun pagi..lepas makan pagi terus pegi sekolah..aku dan keluarga antara yang terawal sampai..nak elakkan beratur panjang kata ayah dan kakak..



aku menanti dengan penuh debaran..neves giler..aku orang yang kelima masuk dalam bilik 2..huhu..semangat..cuak..semua ada..


Alhamdulillah..aku berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi..

Aku rasa mereka yang layak mengundi tapi tak daftar sebagai pengundi, dan mereka yang dah daftar tapi tak pegi mengundi, mereka adalah orang yang sangat RUGI ! OpssS ! ada yang terasa? masing masing dah besar, boleh fikir dengan bijak, dengan matang..tak perlu ada perasaan terasa ! memang hak masing masing..ok..masih tidak sedar..kenapa aku cakap camtu? sebab aku dah sedar ! betapa pentingnya satu undian tu..ramai je rakyat Malaysia tak mengundi apatah lagi tak daftar..
Hope..PRU yang akan datang jumlah pengundi akan bertambah !

KEPUTUSAN PRU13 !
majoriti sudah memilih..rakyat yang pilih..sudah tertulis..harapan, semoga kejadian lama tidak berulang..


Renungan sejenak
MATI SENTIASA MENGEJAR KITA..akhirat semakin menghampiri !

04 May 2013

Politik

Assalamualaikum ~ Bismillah ~

Aku rasa dengan usia aku sekarang aku patut dan perlu ambil tahu perihal politik..apa yang aku taw pasal politik?seriously, ZERO ! xtaw mende pon..kalau dulu aku rasa bosan gila bila orang cakap pasal politik nih..bagi aku politik2 ni xde maknenya, buang masa aku je...bila usia semakin bertambah, pemikiran pon akan berubah..sekarang baru aku ada rasa minat untuk taw pasal politik..sejak kes lahad datu 2 lah yang menarik perhatian aku..

Aku google..cari jelah pape yang berkaitan..senior aku pon ada jugak cerita..ada lah jugak ilmu yang aku dapat..walau sedikit..
yang terbaru kes Saiful Bukhari sumpah laknat depan Kaabah.. benar atau palsu? aku pon xtaw..ramai yang cakap video 2 edit je..hmm..

Aku mula rasa selesa dalam dunia politik ni..dan aku x rasa pon masa aku terbuang..

Untuk pertama kalinya, aku akan mengundi esok ! neves !

K bai !


Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke