21 November 2014

Hati

Assalamualaikum
Bismillah..

Entry yang kedua hari ini.

Dua tiga hari ni rasa tak sedap hati. Benda yang bukan2 tu memang dah pikir dah --'

Entah la. Aku ni bukan jenis yang boleh dapat rasa sesuatu. Selalunya, apa yang aku rasa tu tak betul.

Tapi kali ni, rasa lain sikit. Tak macam sebelum ni.

Risau.

Berdebar.

Oh. Minta tiada apa yang terjadi yang boleh buat aku menangis.

Salam dari Perak.

Cinta.

Assalamualaikum..
Bismillah..

Cinta.

Aku penah tinggalkan dia. Sebab dia bukan untuk aku. Allah dah tunjuk kebenaran. Jadi, aku lepaskan. Sakit? Sikit je. :')

Allah pertemukan aku dengan dia yang masih lagi bersama aku hingga kini. InshaAllah selagi Allah izinkan. :)

4 tahun. Alhamdulillah. Untuk melangkah ke seterusnya masih belum lagi. Teringin? Semua orang nak. Allah kata belum lagi untuk aku. Jadi, aku teruskan.

Kenapa aku pilih dia? Satu je. Dia faham aku.

Dan aku masih lagi merahsiakan siapa dia yang mencuri hati aku. Satu hari nanti inshaAllah. Kalau dah jodoh tak kemana.

InshaAllah. Semuanya Allah tentukan.

Salam dari Perak :)


20 November 2014

Kehilangan

Assalamualaikum
Bismillah..

Cerita yang sangat panjang aku mulakan dengan KEHILANGAN.

Aku cuba bayangkan hidup aku tanpa Keluarga. Mesti gelap. Dan sebenarnya aku tak dapat nak bayangkan. Dan aku tak boleh rasa orang yang kehilangan ni macam mana rasa dia. Dan aku takut nak jadi macam mereka. Aku takut nak rasa kehilangan. Tak boleh ! Aku takut !

Keluarga. Segalanya bagi aku. Walaupon ada je yang tak puas hati. Biasalah. Air dicincang takkan putus. Gaduh manja kata orang.

Tapi kena terima kan :'(

Dan. Aku belum bersedia untuk kehilangan mereka. Kalau boleh, biarlah aku yang mendahului mereka :')

Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya dan diberi peluang untuk bernafas lebih lama.

Salam dari Perak :)

16 November 2014

Banyak sangat cerita

Assalamualaikum..
Bismillah..

Tak aktif sangat dah blogging sekarang ni. Makin hari makin malas nak update. Dulu kemain rajin aku update.

Bukan takde cerita. Bukan takde info menarik. Aku cuma takde masa nak cerita. Banyak sangat cerita yang nak diceritakan.

Blogwalking? Memang dah jarang sangat. Dulu kemain rajin BW blog sesape je.

Nuffnang? Macam dah tak faham je apa itu nuffnang --' ada sapa nak ajarkan aku tak?

Giveaway & contest? Dulu kemain rajin join. Pantang dapat invite dari blogger, terus join. Sejak notebook rosak la yang aku malas nak update. Ni pon guna fon. Tak semangat langsung, sebab kecik --' tak puas nak update.

Apa2 pon, aku rindu blogger yang aku kenal dulu2. Sekarang pon aku ikut jugak perkembangan diorang. Cuma diorang pon macam da tak aktif :')

Susah jugak nak jadi blogger yang tegar ni kan. Blogger yang dah femes tu memang terbaik lah.

Cerita yang sangat banyak tu nantilah aku cerita.

Salam dari Perak :)

Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke