08 June 2015

Kawan. Sahabat.

Assalamualaikum.
Bismillah.

Cukup lah seorang. Aku tak perlu ramai2 sangat. Pening. Serabut. Semak !

Kadang, orang yang aku harapkan buat tak tahu je. Memang dia dengar luahan aku, tapi cuma sekadar dengar jelah, & terus tuka topik. Kau rasa? Dia sangat peduli tak?

Sebab tu aku pilih sorang & Alhamdulillah orang yang aku pilih sangat tepat. Kami sama2 ada. Susah ke senang ke ape pon perasaan & keadaan kami lalui bersama.

Dah malas nak jaga hati orang yang tak pernah serik dengan perbuatan dia yang dia tak penah sedar walaupon aku dah terang2 tegur dia . Sekali dua kali tiga empat lima enam kali berpuluh kali kau ulang benda yang sama yang aku tegur. Sampai aku dah putus asa nak teruskan persahabatan konon la sahabat sangat.

Teruskan berkawan dengan orang yang takde perasaan. Aku ada perasaan. Tak payah kawan dengan aku.

Sekian dari aku luahan yang agak teruk & terpaksa tekan publish.


26 May 2015

Mak lagi...

Assalamualaikum.
Bismillah.

Sekarang, perasaan tu kosong. Sangat sensitif bila orang tanya pasal mak. Jujur, malas nak jawab. Melainkan aku yang cerita dulu, tu maknanya aku siap nak cerita. Tu maknanya aku dah boleh luahkan. Tapi cuma dengan orang tertentu saja aku cerita.

Tak semua orang faham rasa kehilangan ni macam mana, sampailah dia rasa sendiri.
Tak boleh nak cerita perasaan tu.

Aku hargai mereka yang ambil berat. Dan terima kasih juga pergi tinggalkan aku lepas tu. Cuma sekadar singgah sebentar. Takpelah.

Aku kuat. Sangat kuat. :')
Terima kasih Allah.


20 March 2015

Mak.

Assalamualaikum.
Bismillah.

 Ya Allah,  cepat betul Kau ambil mak dari kami. Kami masih lagi rasa kehadiran mak. Nampak je mak ada dalam rumah ni. Nampak je mak tengah sembahyang. Nampak je mak tengah tengah duk kt kerusi tengok tv sambil minum air teh. Nampak je mak duk sembang. Nampak je mak duk tido. Nampak je mak tengah masak. Nampak semuanya tentang mak 😭 Ya Allah. Berat sungguh ujian Mu kali ini.

Aku belum boleh lagi paggil 'arwah' tak sanggup nak ucap perkataan tu. Berat rasa hati. Biarlah aku teruskan saje panggil mak.

Setiap masa duk ingat kat mak. Sampai bawak dalam mimpi. Mak selalu teman aku dalam mimpi. Allah. Mak rindu jugak kan. 😢

Aku sibukkan diri. Teruskan kehidupan macam biasa. Teruskan kerja yang aku lakukan sekarang. Walaupon tanpa mak disisi. Aku masih punya Ayah. Ayah sangat kuat. Dan Ayah la orang yg paling terasa dengan kehilangan mak, tapi ayah sangat kuat depan anak2. Ayah usaha sembunyikan kesunyian itu dari kami, Allah. Lindungilah Ayah. Di sebalik kekuatan ayah, aku tahu apa yang tersembunyi. Ayah kuat. Sangat kuat.

Bukan aku lupa pada mak. Tak pernah dan takkan pernah. Cuma aku tak nak berada dalam keadaan yang boleh memudaratkan diri. Aku tak nak terus sedih. Aku nak kuat macam Ayah. Aku usaha setiap hari untuk kuat. Aku cari kekuatan itu dari segala segi. 😭 Dan aku berjaya setiap hari untuk kuat. Alhamdulillah. Menangis. Ya, memang aku nangis bila kenangkan mak. Sebab aku rindu. Air mata rindu. Doa aku supaya Allah sampaikan rindu aku pada mak. Setiap kali aku mimpi mak, aku tahu mak membalas rindu aku. Terima kasih Allah. Melihat mak senyum dalam mimpi cukup untuk buat aku tersenyum setiap hari. Mak sedang bahagia di sana. Syukur.

Setiap malam aku berharap mak muncul dalam mimpi aku. Alhamdulilllah, kerap mak muncul.
Mak, malam ni muncul lagi yw.

Masih terasa belaian terakhir mak di kepala aku. Lembut usapannya. Allah, rindu sangat. 😭

Semoga mak bahagia di sana. Tunggu anakmu ini ye mak. Anakmu akan menyusul. Sebentar lagi. :')

Salam rindu.

13 January 2015

Kembali pada Allah S.W.T Al-Fatihah

Assalamualaikum..
Bismillah..


Bila tiba masa nanti, pasti kita akan kembali padaNya. Tepat pada masa. Tak kurang sesaat tak lebih sesaat. Allah. Kalau lah aku tahu bila hari ku :(

Allah ambil semula anugerah terindah yang Dia beri pada kami. 

Allah. 

Sedih yang teramat sangat

Wanita yang aku cintai
Wanita yang aku sayangi
Wanita yang aku sanjungi sudah pergi. Selamanya.

Aku redha
Kami redha

Pagi Jumaat, mak pergi dengan tenang.

Semoga Allah lindungi mak.

Al-Fatihah.
Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke