20 March 2015

Mak.

Assalamualaikum.
Bismillah.

 Ya Allah,  cepat betul Kau ambil mak dari kami. Kami masih lagi rasa kehadiran mak. Nampak je mak ada dalam rumah ni. Nampak je mak tengah sembahyang. Nampak je mak tengah tengah duk kt kerusi tengok tv sambil minum air teh. Nampak je mak duk sembang. Nampak je mak duk tido. Nampak je mak tengah masak. Nampak semuanya tentang mak 😭 Ya Allah. Berat sungguh ujian Mu kali ini.

Aku belum boleh lagi paggil 'arwah' tak sanggup nak ucap perkataan tu. Berat rasa hati. Biarlah aku teruskan saje panggil mak.

Setiap masa duk ingat kat mak. Sampai bawak dalam mimpi. Mak selalu teman aku dalam mimpi. Allah. Mak rindu jugak kan. 😢

Aku sibukkan diri. Teruskan kehidupan macam biasa. Teruskan kerja yang aku lakukan sekarang. Walaupon tanpa mak disisi. Aku masih punya Ayah. Ayah sangat kuat. Dan Ayah la orang yg paling terasa dengan kehilangan mak, tapi ayah sangat kuat depan anak2. Ayah usaha sembunyikan kesunyian itu dari kami, Allah. Lindungilah Ayah. Di sebalik kekuatan ayah, aku tahu apa yang tersembunyi. Ayah kuat. Sangat kuat.

Bukan aku lupa pada mak. Tak pernah dan takkan pernah. Cuma aku tak nak berada dalam keadaan yang boleh memudaratkan diri. Aku tak nak terus sedih. Aku nak kuat macam Ayah. Aku usaha setiap hari untuk kuat. Aku cari kekuatan itu dari segala segi. 😭 Dan aku berjaya setiap hari untuk kuat. Alhamdulillah. Menangis. Ya, memang aku nangis bila kenangkan mak. Sebab aku rindu. Air mata rindu. Doa aku supaya Allah sampaikan rindu aku pada mak. Setiap kali aku mimpi mak, aku tahu mak membalas rindu aku. Terima kasih Allah. Melihat mak senyum dalam mimpi cukup untuk buat aku tersenyum setiap hari. Mak sedang bahagia di sana. Syukur.

Setiap malam aku berharap mak muncul dalam mimpi aku. Alhamdulilllah, kerap mak muncul.
Mak, malam ni muncul lagi yw.

Masih terasa belaian terakhir mak di kepala aku. Lembut usapannya. Allah, rindu sangat. 😭

Semoga mak bahagia di sana. Tunggu anakmu ini ye mak. Anakmu akan menyusul. Sebentar lagi. :')

Salam rindu.
Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke