24 March 2016

Tak pasti nak teruskan ke tak. Rasa macam tak sanggup nak teruskan, tapi sayang pulak kalau tinggalkan. Haihh. Tak taw nak pilih yang mana, Sebab dua2 menyakitkan. Teruskan sakit, tinggalkan pon sakit :'(

Bila dah yakin 100% nak tinggalkan, mesti tak jadi. Mesti ada je yang buat aku untuk teruskan. Susah betul nak buat keputusan. 

Boleh je nak teruskan. Tapi kena banyak sabar. Macam2 dugaan kena hadap. Tanya diri sendiri, mampu ke tak nak hadap benda2 yang menyakitkan ni. kalau kau rasa kau mampu ok teruskan. Kuatkan semangat, doa banyak2. Jangan putus asa, yang penting jangan nangis ok? Kau kuat, kau boleh hadap, kau boleh teruskan. Yakin pada diri ye. U can do it !!


18 March 2016

Sejak kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku pada aku. Banyak yang duka. Aku takut sendiri, tapi aku mahu sendiri. Kadang, tak terlayan karenah sendiri. Ada saja tak kena. Ada  saja yang tak puas hati. Entahlah...

Perkara yang duka tu berat sangat nak tanggung. Sampai menangis dibuatnya, baru rasa lega. Eh! Menangis je dah boleh hilang ke rasa duka tu? YES ! tapi sekejap jela rasa ok. Lepastu jadi balik. Haihh. Oh hati, tolonglah kuat. 

Aku serahkan semua pada Allah. Jika Allah izinkan, terjadilah ia. Tak henti doa pada Allah. Doa supaya hilangkan rasa duka di hati. YaAllah, Alhamdulillah, Mula hadir ketenangan yang sangat aku inginkan. Terima kasih Allah. 

Semoga ketenangan ini berpanjangan selamanya. 

10 March 2016

Hati tolong kuat

Tak sanggup rasa nak tanggung semua ni..
Kenapa kena lalui kehidupan yang sangat perit?
Kenapa kena ada ujian dalam kehidupan?
Rasa nak lari dari masalah..lari dari semuanya..makin jauh lari, makin laju masalah tu kejar..
Tolong..jangan kejar..aku penat berlari..nak rehat..rehat selamanya..

07 January 2016

2016

Assalamualaikum.
Bismillah..

*gambar pinjam encik gugel*


Alhamdulillah..masih bernafas..terima kasih Allah..

Tahun yang kedua tanpa mak disisi. Semoga terus tabah jalani kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. 

Azam? 
Macam takde. Macam jela. tak harap banyak, cukup punya keluarga sendiri. InshaAllah tahun ni. Aameen :)

Kerja?
1. Suri rumah sepenuh masa.
2. Homemade tailor

Nampak tak macam tak berapa nak menaip sangat. Sebab jari jemari ni malas, :')

Next entry coming soon

Aja :)
Copyright reserved by Aja edited byCaersasuke